Setengah juta anak muda dan kelas pekerja telah turun ke jalan raya membantah rang undang-undang 'El Khomri' yang mungkin akan diperkenalkan di Perancis.

Setengah juta anak muda dan kelas pekerja telah turun ke jalan raya membantah rang undang-undang 'El Khomri' yang mungkin akan diperkenalkan di Perancis.

Perancis : Kelas Pekerja dan Anak Muda Bantah Undang-Undang Anti-Pekerja

Posted by

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Perancis sedang menghadapi tekanan ekonomi dan sosial akibat kemerosotan dalam sektor industri yang mengakibatkan pemotongan perbelanjaan awam dari kerajaan. Pemotongan bajet sedang bertambah dan posisi kerajaan PS ( Parti Socialiste ) yang jelas menyebelahi kelas pemerintah kapitalis semakin terdedah setiap hari. Pada 9 April 2015, sebahagian daripada kelas pekerja yang mempunyai kesedaran kelas yang tinggi telah turun ke jalan raya dan membantah polisi-polisi kerajaan yang mewakili kepentingan golongan majikan dan berbentuk menindas pekerja. Di pilihanraya tempatan sejurus selepas itu, rakyat dengan jelas menolak kepimpinan PS dan polisi-polisi neo-liberal apabila ramai diantara mereka tidak keluar mengundi. Parti sayap kanan ekstrim yang konservatif FN (Front National) telah meningkatkan sokongan mereka kerana berjaya meraih undi protes rakyat terhadap parti pemerintah PS.

Tetapi semenjak pilihanraya tersebut, walaupun tidak terdapat satu perspektif dan kepimpinan yang jelas daripada kesatuan sekerja, kesedaran kelas pekerja dan anak muda sedang meningkat dengan mendadak. Kemarahan yang terpendam sering di manifestasi dalam aksi-aksi mogok dan protes di tempat-tempat kerja dan ruang awam yang semakin bertambah. Dianggarkan sebanyak 200 mogok sedang berlangsung secara purata di Perancis setiap hari. Banyak diantara mogok-mogok tersebut bersifat spontan dan tidak dipimpin oleh mana-mana kesatuan sekerja.

Gelombang mogok yang dirasai dalam beberapa minggu kebelakangan ini adalah untuk menentang sebuah rang undang-undang yang akan bakal dikuatkuasakan. Rang undang-undang itu akan mendedahkan kelas pekerja Perancis terhadap penindasan oleh para majikan dalam bentuk pengurangan gaji dan pencabulan hak-hak yang sudah ada pada masa ini. Pekerja akan dipaksa untuk menerima kontrak kerja yang akan mengakibatkan mereka bekerja lebih masa untuk gaji yang lebih sedikit. Di dalam situasi kemelesetan ekonomi dan pengangguran yang sedang bertambah, kerajaan Perancis dengan jelas ingin memelihara keuntungan para majikan jutawan di atas titik peluh kelas pekerja. Perkara ini tidak dapat diterima oleh kelas pekerja dan anak muda yang keluar ke jalan raya dalam angka yang besar dan membantah.

Rang undang-undang yang bergelar ‘El Khomri’ ( nama ahli ekonomi yang mencadangkannya) itu mendapat bantahan secara meluas di kalangan rakyat biasa. Cuma seminggu selepas diumumkan oleh Perdana Menteri Manuelle Valls, para aktivis berjaya mengumpul sebanyak sejuta tandatangan petisyen bantahan. Walaupun kebanyakkan daripada kepimpinan kesatuan yang rapat dengan parti pemerintah membisu pada awalnya, baru-baru ini telah menghadapi tekanan daripada pekerja biasa yang ingin melihat mereka mengambil sebuah posisi yang jelas.

Pada 9 Mac lalu, lebih setengah juta anak muda dan kelas pekerja telah turun ke jalan raya menuntut supaya rang undang-undang anti-pekerja itu ditarik balik tanpa dilaksanakan. Kelas pekerja dari pelbagai sektor telah turut mogok dan kesatuan sekerja telah memobilisasi ratusan ribuan pekerja. Walaupun kelas pekerja di Perancis telah menjadi lemah akibat serangan daripada parti-parti kanan yang memerintah dan cuma terdapat 8% daripada pekerja yang diwakili oleh kesatuan, gelombang gerakan pekerja yang terbaru ini mempunyai potensi untuk berkembang menjadi sebuah mogok umum yang berjaya.

Mogok umum merupakan satu medan dimana kelas pekerja dapat beraksi dan sedar akan kekuatan mereka apabila mereka berjaya bersatu dan membantah dengan sebulat suara. Sebuah mogok umum akan memberikan pengalaman yang amat berharga bagi kelas pekerja secara keseluruhan bagi membina balik struktur kesatuan sekerja yang masih lemah pada masa ini.

Pada saat ini, akibat polisi-polisi yang amat tidak popular dan keadaan kelas pekerja yang semakin terhimpit, kebanyakkan daripada kepimpinan kesatuan sekerja sedang ditekan untuk menyokong sebuah aksi mogok umum pada 31 March bagi mengalahkan rancangan kerajaan. Beberapa perhimpunan awam telah dianjurkan di tempat kerja oleh para aktivis dan organisasi pekerja dan gerakan ini tersebar ke beberapa universiti dimana mahasiswa juga turut serta bersolidariti dengan kelas pekerja.

French President Francois Hollande (R) speaks with French Prime Minister Manuel Valls during the closing meeting of "Simplification", a serie of meetings focused on the simplification of administrative rules and standards, at the Elysee Presidential Palace in Paris, on October 30, 2014. AFP PHOTO / POOL / Philippe Wojazer

Presiden Francois Hollande sedang berbincang dengan Perdana Menteri Manuel Valls. Kedua-dua sedang cuba untuk bersembunyi di belakang nama ‘El Khomri’ seolah-olah mereka tidak bertanggungjawab penuh terhadap pengenalan undang-undang anti-pekerja yang dicadangkan baru-baru ini. Rang undang-undang tersebut sedang dibahaskan di Parlimen Perancis buat masa ini

Walaupun digelar sebagai ‘sosialis’, adalah jelas bahawa PS hanya mempergunakan nama sosialisme semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat. Pada awalnya Presiden Hollande menggunakan retorik-retorik kiri seperti perkenalan cukai progresif dan sebagainya untuk mengaut undi rakyat. Selepas menduduki tampuk pemerintahan, wajah sebenar parti neo-liberal tersebut terdedah dengan jelas. Walaupun kebanyakkan kesatuan masih rapat dengan pemerintahan PS, mereka harus sedar akan kepincangan yang terhasil disebabkan oleh kepimpinan parti ini dan cuba membawa polisi-polisi atau tuntutan-tuntutan sosialis yang sebenar.  

Anak muda dan kelas pekerja biasa juga tidak boleh menyerahkan segalanya kepada kepimpinan. Sebuah struktur kesatuan yang demokratik yang memberi ruang bagi kritikan terhadap kepimpinan harus diwujudkan. Kesatuan sekerja dengan struktur yang demokratik boleh menarik berjuta-juta kelas pekerja yang sedang mencari satu platform yang sesuai untuk menyatakan bantahan mereka dengan efektif. Ini boleh memulakan sebuah gerakan massa yang boleh mencabar penguasaan kapitalis keatas ekonomi dan membuka peluang kepada kelas pekerja dan rakyat biasa untuk menjamin masa depan yang lebih adil dan bahagia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*