Penganjur, organisasi komuniti, pihak polis dan sumber-sumber lain melaporkan bahawa lebih daripada 3.5juta rakyat telah turun menentang Presiden Dilma dan bekas Preiden Lula di seluruh Brazil.

Penganjur, organisasi komuniti, pihak polis dan sumber-sumber lain melaporkan bahawa lebih daripada 3.5juta rakyat telah turun menentang Presiden Dilma dan bekas Preiden Lula di seluruh Brazil.

Rakyat Brazil menuntut keadilan!

Posted by
Lebih daripada 3.5 juta rakyat Brazil telah menyertai perhimpunan anti-kerajaan di seluruh negara, menambah tekanan ke atas Presiden Dilma Rousseff yang sedang dalam skandal korupsi.
 
Dilma dan beberapa kepimpinan tertinggi parti neoliberal yang menyamar menjadi parti pekerja itu terlibat dalam sebuah skandal korupsi bernilai jutaan dolar yang melibatkan syarikat minyak milik kerajaan Petrobras.
 
Demonstrasi pada hari Ahad lalu telah mencapai semua 26 negeri dan daerah persekutuan dan dijangka jauh lebih besar daripada perhimpunan-perhimpunan yang serupa tahun lepas. Bandaraya Sao Paulo menjadi tumpuan ramai dan dikatakan lebih dari 450 ribu orang telah berhimpun secara aman Ahad lalu.
Demonstrasi massa yang masih berterusan ini bukan sahaja mencerminkan kemarahan rakyat terhadap skandal rahsuah, tetapi rakyat biasa Brazil juga sedang menghadapi krisis ekonomi dan kualiti hidup yang semakin merosot.
Ekonomi Brazil amat bergantung dengan pengeluaran dan pengeksportan komoditi mentah terutamanya ke negara China. Semenjak kejatuhan harga komoditi seperti minyak, besi, balak dan sebagainya pada tahun lepas, situasi ekonomi Brazil bertambah buruk dan telah memberi kesan ekonomi kepada jutaan rakyat.
 
Tambahan pula dengan skandal rahsuah di kalangan parti pemerintah yang telah berubah menjadi parti yang mewakili agenda neoliberal kapitalisme dalam satu dekad kebelakangan ini. PT yang boleh diterjemah sebagai Parti Pekerja merupakan sebuah parti yang disokong dan dirayakan oleh jutaan kelas pekerja Brazil sebagai harapan mereka pada satu masa dahulu.
 
Walau bagaimanapun, di bawah kepimpinan Presiden sebelum ini, Lula da Silva, parti ini sedikit demi sedikit merosot menjadi sebuah parti yang tidak banyak bezanya dengan sebuah parti kapitalis. Skandal rahsuah dan manipulasi dana negara adalah norma sebuah parti borjuis yang tidak mewakili aspirasi rakyat biasa.
 
anti-Dilma protest

Patung belon gergasi Presiden Dilma Roussef dan bekas Presiden Lula da Silva menjadi tarikan utama demonstrasi massa ini.

Kini, Lula da Silva juga sedang didakwa mengambil rahsuah dan akan dibawa ke mahkamah bersama dengan Presiden sekarang, Dilma tidak lama lagi. Protes massa seluruh Brazil ini tercetus apabila ada percubaan daripada kepimpinan PT untuk mengambil balik Lula yang telah bersara sebagai wakil rakyat supaya perbicaraan mahkamahnya boleh ditunda dan dimanipulasi.
Akibat kebangkitan rakyat dalam skala yang besar, penguasaan berterusan parti PT ini menjadi tanda tanya. Sekali lagi, massa menunjukkan bahawa apabila mereka bersatu, tidak ada kuasa di dunia yang mampu mengalahkan mereka.
 
Walau bagaimanapun, kelas pekerja di Brazil harus mengambil teladan daripada pengalaman mereka sebelum ini. Mereka tidak boleh menaruh kepercayaan penuh terhadap pemimpin-pemimpin yang sering menyamar sebagai pejuang rakyat. Itulah yang berlaku dengan bekas presiden Lula yang disanjung tinggi pada satu masa dahulu, kini ditolak, dikecam dan dibenci.

Lula and Dilma

Komplot Presiden Dilma dan bekas Presiden Lula untuk menutup skandal rahsuah syarikat milik kerajaan Petrobras terdedah apabila sebuah rakaman telefon antara mereka terbocor ke media.

 
Kelas pekerja harus mewujudkan sebuah parti yang demokratik yang menuntut untuk penguasaan secara demokratik oleh kelas pekerja terhadap industri-industri besar. Pada masa yang sama, institusi kewangan seperti bank juga harus dipindahkan kepada kawalan demokratik komuniti, bukan segelintir korporasi swasta.
 
Jika tuntutan-tuntutan tersebut tidak dibawa kehadapan, kelas pekerja dan rakyat biasa tidak akan mendapat sebarang jaminan daripada pemerintahan yang tidak berpihak kepada mereka. Mungkin mereka akan dapat kemenangan jangka masa pendek seperti penggulingan presiden Dilma dan sebagainya, tetapi, tanpa sebuah alternatif yang jelas untuk menggantikan sistem yang korup ini, rakyat tidak akan mencapai kebebasan ekonomi yang kekal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*