Bernie Sanders menang besar di pemilihan calon Presiden di New Hampshire dan kini mendahului Hillary Clinton sebagai calon utama bagi Parti Democrat.

Bernie Sanders menang besar di pemilihan calon Presiden di New Hampshire dan kini mendahului Hillary Clinton sebagai calon utama bagi Parti Democrat.

Sanders Membuka Era Baru dalam Politik Amerika Syarikat

Posted by

Kemenangan Bernie Sanders di pemilihan calon Presiden Parti Demokrat di New Hampshire telah mengoncangkan arena politik Amerika Syarikat. Buat kali pertama dalam sejarah Amerika Syarikat, calon yang memanggil dirinya sebagai sosialis telah menang di banyak tempat yang utama di Amerika Syarikat, dan dengan margin yang paling besar dalam sejarah New Hampshire. Dengan 22 mata di hadapan, iaitu 60.3% undi berbanding Clinton 38% – kemenangan Bernie ini membawa era baru dalam politik Amerika Syarikat.

Kemenangan ini juga memberikan persaingan yang hebat untuk pencalonan Parti Demokratik. Sanders dilihat sebagai pesaing yang serius untuk pencalonan itu dan jawatan presiden, didorong oleh momentum yang besar di belakang seruannya untuk revolusi politik menentang kelas jutawan.

Lonjakan Sanders di Iowa, New Hampshire, dan pilihan raya nasional telah mencetuskan gelombang sumbangan derma kecil yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada bulan Januari sahaja, Sanders mengutip $20 juta, dengan purata $27 bagi setiap derma, berbanding Clinton $15 juta, yang sebahagian besar daripada penyokong-penyokong kaya. Sanders juga mencatatkan rekod baru dengan menerima sumbangan sebanyak $6 juta melalui talian.

Donald Trump, Ted Cruz dan calon-calon Parti Republicans lain yang menggunakan propaganda ‘anti kerajaan’ (anti establishment)  juga memenangi lebih 53% dari undi New Hampshire. Jelas sekali agenda perkauman, seksis, dan Islamofobia mereka menimbulkan ancaman sebenar kepada kelas pekerja. Tetapi slogan-slogan ‘anti kerajaan’ mereka berjaya menarik sokongan rakyat yang sudah hampa dengan sistem politik yang wujud selama ini.

Jika golongan kiri gagal untuk membina kehadiran politik yang berterusan, jika ia terus membenarkan pergerakan disalurkan di belakang Parti Demokratik, ruang untuk idea-idea haluan kanan akan meningkat. Ini adalah perlumbaan masa untuk membina alternatif kiri yang kuat dan bebas untuk mengekang momentum dari golongan kanan populis.

Kempen Sanders menyaksikan kehadiran penyokong yang ramai dan sumbangan derma kecil dari individu-individu, menunjukkan kemarahan masyarakat Amerika Syarikat terhadap Wall Street dan kuasa politik korporat. Sokongan anak muda dan kelas pekerja untuk Sanders bagi “revolusi politik menentang kelas jutawan” telah menjadi punca kepada kemenangannya di New Hampshire. Clinton mendapat sokongan daripada mereka yang berusia dan golongan kaya, tetapi Sanders daripada anak muda, kelas pekerja dan wanita.

Oleh kerana tekanan dari Sanders, Clinton cuba menggambarkan dirinya sebagai seorang pejuang rakyat, tetapi rekod-rekod Clinton sebelum ini sudah membuktikan bahawa dia merupakan calon yang selalu menyebelahi syarikat dan korporat besar. Dia juga mendapat sokongan daripada media-media korporat yang sudah tentu akan digunakan oleh Clinton untuk menjatuhkan Sanders. Akan tetapi, bagi yang menyokong Sanders seperti golongan anak muda dan kelas pekerja, mereka tahu bahawa sistem yang ada sudah mengecewakan mereka sejak sekian lama.

Oleh itu, Sanders harus mendorong berjuta-juta rakyat Amerika Syarikat yang tidak terlibat dalam politik untuk melakukan perubahan, dan pada masa yang sama, menyampaikan perspektif yang lebih jelas. Sebuah kempen yang menggalakkan organisasi kelas pekerja yang bersifat akar umbi dan bebas harus dibina. Strategi massa diperlukan untuk ini, dan seperti kata Sanders, “Presiden terbaik di dunia pun tidak akan dapat menentang kuasa kelas jutawan.” Pengumpulan dana untuk Sanders itu sendiri menunjukkan bahawa kelas pekerja mampu berganding bahu untuk menentang elit-elit politik dan perniagaan-perniagaan besar untuk menggerakkan organisasi pekerja dan kesatuan sekerja.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*