Puisi Pekerja

Puisi Pekerja

Posted by

Pekerja

Bangun awal sebelum senja,
Mandi-manda bergegas ke kerja,

Akur menurut arahan majikan,
Rajin memikul beban yang disediakan,

Mengumpul harta bagi yang berada,
Walaupun maksudnya merompak yang tiada,

Keperitan hidup tidak dihiraukan,
Asal ada kuli walaupun yang disederhanakan,

Kepenatan petang dirasa di badan,
Kepenatan pagi dirasa di hati,

Satu-satunya risau pekerja,
Dapatkah suap anak dan keluarga,

Mungkinkah hari esok akan bahagia,
Walaupun hari ini tidak memiliki apa-apa.

Yang kaya semakin kaya,
Yang miskin semakin merana,

Itulah hakikat sistem yang dipilih,
Sistem yang mengampu pada golongan elit,

Kaya sungguh Negara saya,
Kekayaan yang tak melimpah ke rakyat jelata,

Itulah hakikat sistem yang dipilih,
Rakyat yang rajin sering disisih,

Segelintir yang kecil mengawal jentera kapitalisma,
Rakyat biasa menjadi buah caturnya dan hamba,

Itulah hakikat sistem yang dipilih,
Perhambaan terhadap manusia yang disisih,

Apa perbezaan awak dan saya,
Perbezaan warna hanya dimata,

Saya dan awak hamba sama hamba,
Hamba kepada golongan berada,

Perbezaan kaum hanya dimata,
Persaudaraan kelas adalah satu-satunya yang nyata,

Bersatulah pekerja tanpa mengira bangsa dan agama,
Untuk menuntut sistem yang saksama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*