Leon Trotsky

Leon Trotsky

Posted by

Idea Sosialis Revolusioner Masih Releven Untuk Perjuangan Masa Kini

Tujuh puluh lima tahun yang lalu, pada 21 Ogos 1940, revolusioner hebat yang masih hidup pada waktu itu, Leon Trotsky, telah dibunuh oleh Ramon Mercader, orang suruhan Josef Stalin. Sebelum ini sudah terdapat banyak percubaan untuk membunuh Trotsky. Walau bagaimanapun, kali ini cubaan mereka berjaya memusnahkan nadi kelas pekerja dan simbol kelantangan penentangan terhadap kapitalisme dan totalitarian Stalinisme. Peristiwa ini yang diraikan di Kremlin oleh Stalin, dan elit birokrasi yang diwakilinya, juga membawa kegembiraan kepada kerajaan kapitalis Eropah, Amerika dan dunia.

trotsky3

Pembunuhan Literal oleh Kapitalis terhadap Idea-Idea Trotsky

Robert Service, dalam ‘biografi’ beliau baru-baru ini telah melakukan pembunuhan baru terhadap Trotsky, kali ini daripada segi politik dan sastera, dengan memetik kata-kata Winston Churchill kepada duta Rusia di Britain semasa kehangatan Perbicaraan Moscow, yang telah meletakkan asas bagi pembunuhan Trotsky. “Saya telah memerhatikan aktiviti-aktivitinya untuk beberapa ketika. Dia genius Rusia yang jahat, dan ia adalah satu perkara yang sangat baik bahawa Stalin telah mengatasinya.”

Jika dengan membunuh Trotsky mereka fikir yang mereka boleh memusnahkan idea Trotsky, mereka telah silap. Generasi seterusnya – lapisan yang mempunyai kesedaran politik yang baik – apabila mereka beralih kepada perjuangan menentang kapitalisme dan Stalinisme, mencari jawapan dan inspirasi daripada karya-karya Trotsky. Walaupun selepas tahun 1989 tempoh ideologi ‘counter-revolution’, ideanya masih terbukti releven. Kini, berhadapan dengan krisis ekonomi kapitalisme yang terburuk sejak tahun 1930-an dan mengakibatkan pemberontakan besar-besaran yang tidak dapat dielakkan daripada kelas pekerja dan miskin, ideologi kapitalisme takut kepada pengaruh idea-idea Trotsky. Dengan kesedaran, atau sekurang-kurangnya sebahagian kesedaran, penggunaan ikon seperti Che Guevara dalam pemberontakan besar-besaran, yang dilihat memperjuangkan sosialisme dan kemerdekaan nasional, dan juga dalam menentang birokrasi, idea-idea Leon Trotsky dijadikan rujukan. Dalam usaha untuk menutup jalan kepada generasi baru, kempen untuk menjatuhkan Trotsky adalah satu keperluan. Ini adalah tujuan buku-buku seperti yang ditulis oleh Robert Service dan lain-lain yang telah dihasilkan pada beberapa tahun yang lalu.

“Tunjukkan kepada saya siapa rakan-rakan anda dan saya akan tunjukkan kepada anda siapa anda.” Service adalah ‘kawan’ kepada gabenor Bank of England iaitu, Mervyn King. Dia mahu mewujudkan gambaran yang sukar dipercayai bahawa Trotsky, yang telah dibunuh oleh Stalin, bersama-sama dengan keluarga dan generasi wira yang diwakilinya, adalah saudara kepada Stalin dan sistem birokrasi yang diwakili oleh Stalin. Digambarkan bahawa, seperti Stalinisme, idea-idea Trotsky seolah-olah, adalah juga ‘hasil perkembangan’ Bolshevisme yang ‘sememangnya’ berwatakan totalitarian dan autoritarian. Ini, sudah tentu, adalah fitnah terhadap pihak yang dipimpin Lenin, parti Bolshevik, parti pekerja yang paling demokratik dalam sejarah yang telah membawa Revolusi Rusia, peristiwa terbesar dalam sejarah manusia.

Stalinisme tidak boleh menjadi tarikan, seperti yang berlaku contohnya dalam tahun 1930-an dan, selepas 1945 apabila generasi baru bergerak ke dalam perjuangan yang sebahagian besarnya jahil tentang jenayah Stalinisme. Itu tidak berlaku hari ini. Oleh itu Trotsky, memberikan pendekatan ke hadapan melalui perjuangannya untuk demokrasi pekerja, kaedah beliau analisis, bukan sahaja mengenai isu penting Stalinisme tetapi juga kepada perjuangan umum kelas pekerja hari ini. Ini tidak bermakna bahawa Trotsky adalah ‘maksum’, tidak lebih daripada Marx, Engels dan Lenin. Tetapi dia lebih betul, kadang-kadang, mengenai isu-isu utama yang dihadapi oleh gerakan pekerja pada zamannya. Menyaksikan sumbangan yang amat besar melalui ‘pembedahan’ beliau terhadap fasisme pada 1930-an. Namun begitu, beliau bersedia untuk membetulkan secara terbuka komen beliau lebih awal tentang ‘fasisme’ dari tahun 1920-an apabila ia adalah satu fenomena baru. Kemudian, Trotsky juga cenderung untuk menggambarkan rejim diktator – seperti Primo de Rivera di Sepanyol – sebagai ‘fasis’. Kemudian, dia mengakui bahawa ini adalah silap dan memberikan definisi yang lebih tepat mengenai fasisme, yang menghapuskan organisasi pekerja, dan perbezaannya dengan rejim bonapartis tentera, yang walaupun reaksioner tidak berjaya memusnahkan semua hak demokrasi dan organisasi.

Idea Trotsky Tidak Ketinggalan Zaman

Tetapi ada yang membahaskan bahawa idea Trotsky sudah lapuk. Ia adalah langkah untuk mempertahankan sistem sekarang. ‘Trotskyisme’ adalah sebenarnya satu manifestasi moden kepada idea-idea Marx. Dari penubuhannya, kapitalisme cuba untuk membayangkan bahawa ia tidak boleh dipakai kepada masyarakat ‘demokratik’, terutamanya selepas pengalaman abad ke-20. Jika Marxisme begitu ‘lapuk’, mengapa kita, Marxis, yang lebih memahami fungsi-fungsi sistem kapitalisme berbanding mereka yang mempertahankan sistem itu sendiri? Mereka berhujah melalui Francis Fukuyama bahawa “penamat sejarah” telah tiba. The Wall Street Journal mengisytiharkan pada tahun 1990 berikutan kejatuhan Stalinisme bahawa “Kita (kapitalisme) telah menang”.

CWI memahami bahawa walaupun ia adalah satu kekalahan – terutama dalam perwatakan ideologi pada mulanya – namun ia tidak boleh disetarakan dengan kemusnahan organisasi-organisasi pekerja oleh fasisme pada 1930-an. Kami meramalkan – bahawa pengulas kapitalis akan tiba di kesimpulan yang sama secara empirik, seperti Nouriel Roubini – bahawa kaedah yang sangat merangsang kapitalisme berikutan kejatuhan Stalinisme akan mengalami kemerosotan pada sistem ini di peringkat-peringkat tertentu. Sebaliknya kita menentang golongan Marxis yang meramalkan kemerosotan pada tahun 1987. Kami menyatakan bahawa dengan menggunakan rizab simpanan Jerman dan Jepun, kapitalisme dapat mencari jalan keluar untuk sementara. Walau bagaimanapun, pada tahun 2007, kami menjangkakan sistem itu akan pergi kepada krisis yang mendalam. Dan maka ia telah terbukti. Analisis kami adalah berdasarkan kepada analisis saintifik terhadap sistem mereka. Ini seterusnya adalah bergantung kepada pendekatan Trotsky, yang juga berdasarkan kepada kaedah Marx. Jika terdapat idea yang dapat menjelaskan keadaan semasa dengan lebih tepat, tidak kira berapa lama ia, ia adalah kaedah yang terbaik. Marxisme terbukti akhirnya menjadi jauh lebih hebat.

trotsky4

Marx berkata, akhirnya, sistem kapitalis adalah berdasarkan kepada pengeluaran untuk keuntungan bagi segelintir para jutawan dan bilonair, dan bukan untuk keperluan sosial. Percanggahan utama sistem ini adalah kelas pekerja tidak boleh membeli balik nilai penuh daripada apa yang mereka telah hasilkan. Ini timbul daripada hakikat bahawa kelas pekerja hanya menerima sebahagian daripada nilai yang dihasilkannya dalam bentuk gaji, yakni lebihan yang digambarkan oleh Marx sebagai ‘buruh yang belum dibayar’. Sistem ini boleh pergi ke hadapan selagi lebihan ini dilaburkan secara produktif ke dalam industri, sains dan teknik atau dalam kaedah-kaedah pengeluaran. Walau bagaimanapun, keadaan ini pada peringkat-peringkat tertentu berkembang menjadi krisis, yang menyebabkan kelebihan pengeluaran kedua-dua barangan ‘pengguna’ dan barangan sumber. Idea ‘kelebihan pengeluaran’ ini dilihat sebagai tidak masuk akal dalam semua sistem ekonomi sebelum ini, dalam dunia yang mengalami kemiskinan yang teruk. Tetapi, pendorong utama sistem ini adalah keuntungan, bukan keperluan manusia. Persaingan terhadap lebihan adalah pemangkin kepada program untuk mengurangkan upah dan bahagian kekayaan yang diterima oleh kelas pekerja.

Kritikan Marx terhadap kapitalisme dipertahankan oleh Trotsky. Jika sistem dapat memberikan peluang pekerjaan, tempat tinggal, makanan, penghapusan perang dan perkauman, mengatasi perpecahan negara, dan lain-lain, maka ia akan mengekalkan dirinya sendiri. Tetapi, pada intipatinya, sesungguhnya keadaan semasa kapitalisme dunia adalah bahawa ia tidak berupaya untuk menyelesaikan walaupun keperluan asas manusia, khususnya bagi dua pertiga manusia yang tinggal di negara-negara neo-kolonial.

Ini telah disimpulkan oleh manifesto presiden Haiti sebelumnya, Aristide, yang berjanji untuk memansuhkan “kemiskinan teruk” yang menjejaskan negaranya tetapi selepas berkuasa, dia menggantikannya dengan “kemiskinan yang boleh diterima”! Bahkan ini tidak dicapai kerana keadaan bencana berikutan gempa bumi di Haiti. Idea Trotsky daripada ‘revolusi kekal’ mengekalkan kesahihannya bagi negara-negara di dalam dunia neo-kolonial. Ini berpegang kepada bahawa revolusi demokratik dalam era moden, tidak boleh, ironinya, dibawa oleh pihak kapitalis. Tugas-tugas reformasi tanah, sebuah parlimen dan demokrasi yang sebenar, kebebasan daripada belenggu ekonomi dan politik imperialisme, adalah mustahil bagi kelas-kelas pemerintah yang lemah di negara-negara dan wilayah-wilayah ini. Hanya kelas pekerja yang bergabung dengan kaum petani miskin mampu melengkapkan revolusi demokratik negara. Tetapi ia harus menjamin kejayaannya dengan pergi kepada tugas-tugas sosialisme di peringkat negara dan antarabangsa. Ini adalah kesan Revolusi Rusia yang menghapuskan tuan tanah dan kapitalisme, tetapi juga menimbulkan gelombang revolusi di seluruh dunia.

Revolusi Rusia dan kebangkitan Stalinisme

Tetapi golongan sinis mengatakan “anda akan berakhir dengan beberapa jenis diktator berdarah” seperti di Rusia. Ini adalah satu pembohongan. Rusia pada 1917 adalah petunjuk bukan sahaja untuk perancangan ekonomi dan sosialisme tetapi untuk menyebarkan demokrasi pekerja kepada rakyat di seluruh dunia. Stalinisme tidak mengalir dari Revolusi Rusia pada tempoh awalnya tetapi daripada pengasingannya. Sesetengah, seperti Service, berhujah bahawa Trotsky, jika dia telah menang terhadap Stalin, akan mewujudkan ‘kuasa peribadi’ sama sebagaimana Stalin. Ini menimbulkan persoalan yang Trotsky, melalui pengasingan daripada Revolusi Rusia, kebangkitan birokrasi dan kemusnahan demokrasi pekerja boleh mengganti tempat Stalin tanpa melanggar program demokratik dan sosialis untuk kedua-dua Rusia dan di peringkat antarabangsa. Beberapa pihak Marxis pergi lebih jauh hari ini dan berhujah bahawa Trotsky sepatutnya mengambil kuasa apabila ia telah ditawarkan kepadanya oleh Antonov-Ovseyenko, ketua komisar daripada Tentera Merah pada tahun 1920. Lagipun, Trotsky pada masa itu menikmati kuasa besar – lebih besar berbanding Stalin – dengan Tentera Merah bukan sahaja dalam kalangan barisan tentera tetapi juga dalam pegawai-pegawai atasan yang telah berjuang dengan beliau dalam perang saudara dan mengalahkan 21 tentera imperialisme. Tetapi Trotsky faham bahawa dengan menerima ‘kuasa’ dari sumber ini, dia akan akhirnya menjadi tawanan, atau mungkin ‘birokrasi tentera’ boleh berkembang melalui pengasingan Revolusi Rusia pada masa itu.

Ini menunjukkan bahawa Trotsky memahami, seperti Marx, Engels dan Lenin lakukan, bahawa sosialisme dan Marxisme tidak akan berkembang melalui pertelingkahan, puak atau rampasan kuasa. Hanya dengan mendasarkan diri kita kepada kesedaran kelas pekerja – pemahaman politik di setiap peringkat – dan cuba untuk membawa ke hadapan dengan program, slogan dan orginasasi jelas yang membolehkan sosialisme dan Marxisme benar-benar berkembang. Perkembangan CWI, misalnya, telah merosot selepas kejatuhan Stalinisme dan terutamanya dengan pembubaran ekonomi terancang. Kejadian ini telah dipergunakan untuk propaganda kapitalis. Golongan kiri yang berusaha untuk menafikan realiti telah dihancurkan oleh situasi objektif yang sukar yang wujud pada ketika itu. Ramai enggan untuk mengiktiraf situasi itu dengan menganggapnya sebagai ‘kemenangan’ kerana Stalinisme telah sendiri runtuh. Mereka tidak menjelaskan bahawa keruntuhan Stalinisme berlaku bersama-sama dengan pembubaran ekonomi terancang. CWI terus mempertahankan idea-idea demokrasi dan sosialisme yang di bawa oleh Trotsky.

trotsky2

Pekerja Bergerak ke dalam Perjuangan

Ini bukan tanpa mengalami perpecahan oportunis atau yang ultra-kiri. Ini bukan sesuatu yang luar biasa dalam tempoh itu yang juga telah dilalui oleh CWI. Lenin dan Trotsky telah terlibat dalam perjuangan yang sama dalam tempoh antara tahun 1907 dan 1911. Tetapi tidak dapat tidak, seperti yang diramalkan kita, kapitalisme akan hancur dan kita akan menyambut era yang baru. Perjuangan politik, bukan hanya kemaraan pergerakan kelas pekerja tetapi juga dalam tempoh berundur, adalah perlu untuk bersedia di masa hadapan,dengan peristiwa yang lebih besar. Pergerakan menarik daripada pekerja Greek dan perjuangan yang akan datang di Sepanyol, Portugal, Ireland dan Itali adalah permulaan kepada kebangkitan politik pekerja. Eropah Utara juga akan menerima kesannya. Mogok umum di India, walaupun terhad dalam perwatakan, adalah petunjuk dalam dunia neo-kolonial sebagai beban krisis yang semakin dikenakan ke atas bahu kelas pekerja dan golongan miskin. Semua kerajaan kapitalis Eropah dari yang paling kuat atau ‘kaya’, seperti Jerman, sehingga yang paling miskin seperti Greece, Portugal dan Sepanyol di Selatan sedang menguatkuasakan penjimatan terhadap hak-hak kelas pekerja. Penentangan tidak dapat dielakkan. Tetapi ia tidak mencukupi; kita juga memerlukan program, dasar yang jelas, penambahbaikan taktikal dan slogan yang jelas di setiap peringkat perjuangan. Inilah yang digariskan oleh Trotsky.

Beliau berkata banyak kali bagaimana kelas pekerja, walaupun kadang-kadang secara ‘spontan’, berusaha untuk mengubah masyarakat. Dalam Revolusi Sepanyol, empat per lima kawasan telah dikuasai oleh kelas pekerja di seluruh Sepanyol yang telah menghancurkan rampasan kuasa oleh fasis Franco pada awal 1936. Tetapi tanpa parti pekerja massa yang jelas untuk mewujudkan alternatif negara demokratik pekerja, kuasa telah dirampas daripada tangan kelas pekerja. Gambaran yang sama ditunjukkan dalam peristiwa-peristiwa Perancis pada tahun 1968, di Portugal pada 1974-1975 dan dalam banyak contoh lain.

Berjuang untuk program Marxisme

Apakah pengajaran untuk hari ini? Terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan satu kuasa massa baru yang boleh menyatukan perjuangan kelas pekerja di kedua-dua arena industri dan juga arena politik itu sendiri. Ini memerlukan ‘dwi tugas’ di mana CWI menggariskan pada awal tahun 1990-an iaitu berjuang untuk pemulihan idea-idea sosialisme untuk pergerakan massa dan mengekalkan program yang jelas daripada Marxisme-Trotskyisme.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*