Tragedi Keganasan di Paris : Kelas Pekerja dan Rakyat Biasa Harus Bersatu Menentang Kezaliman !

Tragedi Keganasan di Paris : Kelas Pekerja dan Rakyat Biasa Harus Bersatu Menentang Kezaliman !

Posted by

A Lebanese army soldier walks past damaged motorbikes at the site of the two explosions that occurred on Thursday in the southern suburbs of the Lebanese capital Beirut

Sebuah tragedi keganasan telah melanda kota Paris sekali lagi. Kali ini, lebih 120 orang terkorban dan berpuluh-puluh lagi tercedera di tempat-tempat hiburan di mana pekerja dan anak-anak muda berkumpul di hujung minggu (Stade de France, pusat muzik di Bataclan). Tragedi ini berlaku di tempat yang padat dengan kelas pekerja dan masyarakat minoriti dari pelbagai latar belakang. Kelakuan hina ini ditimpa keatas rakyat biasa yang tidak berdosa dan tidak mempunyai sebarang pertahanan bagi diri mereka.

Peristiwa keganasan seperti ini sudah bertambah kebelakangan ini di serata dunia. Pada hari Jumaat yang sama berlaku pengeboman di Baghdad dan Nigeria, pada November 12 di sebuah pasar di Beirut, pengeboman di Turkey bulan lalu dan juga di Tunisia. Di sebuah peristiwa pengeboman di Kenya pada April lalu seramai 143 rakyat yang tidak bersalah telah terkorban. Malangnya, walaupun tragedi sebegini semakin bertambah, cuma negara-negara dunia pertama seperti Perancis yang mendapat liputan media yang luas. Hampir setiap hari peristiwa-peristiwa keganasan berlaku di Timur Tengah dan Afrika yang tidak mendapat simpati rakyat dunia akibat kekurangan liputan media. Kami berdukacita dengan semua mangsa kelas pekerja, rakyat biasa, anak muda dari pelbagai latar belakang dan warisan ini.

Kami mengutuk tindakan pengecut oleh pengganas.

Serangan ganas terhadap orang biasa yang tidak bersenjata ini merupakan sebuah tindakan pengecut walaupun pelbagai alasan telah diberikan. Pengganas ISIS yang telah mengambil tanggungjawab penuh bagi serangan terbaru ini menggunakan kaedah-kaedah yang tidak berbeza dari pemerintahan diktator atau junta tentera. Mereka menggunakan keganasan sebagai senjata politik untuk menakutkan rakyat dan mencegah daripada mereka untuk bersatu. Ketakutan yang timbul akan mengukuhkan elemen-elemen perkauman dan mewujudkan perpecahan antara rakyat biasa dan kelas pekerja.

paris2

Kelas pekerja dan anak muda harus bersatu menentang perkauman dan tindakan yang tidak bertamadun.

Aksi keganasan yang dilakukan oleh ISIS telah mendedahkan sifat sebenar pertubuhan ini, yang tidak lebih daripada sekumpulan perompak dan penyeludup murahan. Kewujudan ISIS itu sendiri adalah akibat daripada malapetaka perang yang dianjurkan oleh kerajaan-kerajaan Eropah dan Amerika yang telah melanda kawasan Timur Tengah untuk berdekad-dekad lamanya.

Dengan menyerang kawasan orang ramai tanpa mengira latar belakang, ISIS hanya berjaya menyebarkan lagi Islamofobia yang akan memberikan kesan negatif bagi umat Islam bukan sahaja di Perancis malah di seluruh dunia. Peristiwa ini akan dipergunakan oleh golongan-golongan tertentu untuk menyemai sentimen perkauman yang akan menambah masalah bagi golongan minoriti dan imigran yang sudahpun menghadapi krisis pada masa ini. Peristiwa kebakaran di kem pelarian di Calais, Perancis berikutan pengeboman ini adalah contoh baik bagaimana golongan fasis mengambil kesempatan ini untuk melakukan aksi keganasan terhadap golongan minoriti migran yang tidak ada kena-mengena dengan kelakuan pengganas.

Kami juga mengutuk kumpulan ‘The Angry of Calais’ ( Penduduk Calais yang marah ) yang sengaja menyebarkan sentimen perkauman tanpa sebarang asas. Kini, 6000 nyawa penghuni kem pelarian Calais yang digelar ‘kem pelarian hutan’ ( Jungle Refugee Camp ) berada dalam bahaya. Mangsa-mangsa perang yang melarikan diri ke Eropah untuk mencari hidup yang lebih baik kini diduga dengan pelbagai jenis ancaman.

Selain itu, kerajaan juga akan mempergunakan situasi ini untuk menguatkan cengkaman mereka terhadap rakyat biasa. Dengan pengumuman ‘darurat’ di Perancis, kerajaan telah berjaya mengharamkan segala gerakan kelas pekerja dan rakyat biasa seperti mogok atau piket. Perhimpunan solidariti seperti yang diadakan semasa peristiwa Charlie Hebdo dahulu juga tidak dibenarkan oleh kuasa kerajaan.

Propaganda perang

Pada masa ini, semua parti utama di Perancis daripada parti pemerintah PS ke parti sayap kanan Fron Nasional bersatu untuk mendendangkan propaganda peperangan di Timur Tengah walaupun perang ini merupakan punca utama kepada kesengsaraan ribuan rakyat Timur Tengah dan Eropah. Kerajaan ini sambil menyokong peperangan negara Eropah di Syria, pada masa yang sama juga menyokong rejim Erdogan di Turkey yang diketahui umum untuk membantu ISIS. Rejim Erdogan memberikan kemudahan kepada ISIS untuk menindas masyarakat Kurdistan di Kobane walaupun rakyat Kobane berjaya untuk membendung perkembangan ISIS beberapa kali.

Kerajaan Perancis bersama dengan kerajaan Eropah lain juga memberikan sokongan dan menjual senjata api kepada kerajaan-kerajaan korup Qatar dan Arab Saudi yang mengukuhkan kewujudan ISIS dengan menindas rakyat Yemen.

Ia adalah penting bagi organisasi di bawah gerakkan pekerja, kesatuan sekerja, parti politik, aktivis hak asasi, anak muda dan sebagainya untuk bersatu dan mengisytiharkan penentangan mereka terhadap peperangan dan dasar-dasar kapitalisme yang menindas orang biasa demi keuntungan wang duit.

Kelas pekerja, anak muda dan rakyat biasa harus bersatu dan menentang polisi-polisi kerajaan Eropah terhadap Timur Tengah yang hanya mewujudkan krisis-krisis keganasan seperti yang berlaku di Paris Jumaat lalu. Walaupun banyak pihak akan cuba menggunakan propaganda perkauman untuk menambah sokongan mereka pada masa-masa krisis sebegini, organisasi pekerja dan anak muda harus memberikan kepimpinan untuk menyatukan rakyat biasa untuk menentang polisi-polisi kapitalis. Segala punca permasalahan pengganas dan kesengsaraan di Timur Tengah dan di seluruh dunia adalah sistem kapitalisme itu sendiri dan hanya boleh selesai dengan tuntutan dari gerakan massa.

Bagi membina gerakan massa yang mampu mengalahkan kuasa-kuasa kapitalis, sebuah kepimpinan yang boleh membawa alternatif yang jelas amat diperlukan bukan sahaja di Perancis, tetapi di seluruh

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*